Kamis, 19 Desember 2013

Panda Di Zoo AS Lahirkan Anak Kembar


Seekor beruang Panda di Zoo Negara Amerika Syarikat di Washington melahirkan anak Panda kembar tetapi seekor daripadanya tidak bernyawa.

Pekerja zoo begitu teruja selepas Panda betina yang bernama Mei Xiang melahirkan seekor anak panda Jumaar lepas yang masih belum diberikan nama dan berada dalam keadaan sihat.

Menurut laporan AFP, sumber rasmi zoo melalui akaun Twitter mereka berkata beruang Panda jarang melahirkan anak kembar dan selepas kelahiran pertama, ibu Panda itu diawasi dengan rapi dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk melihat perkembangannya.


Kemudian, keesokannya beruang itu melahirkan anak kedua tetapi tidak bernyawa dan juga dalam bentuk yang belum sempurna sebagai seekor Panda, menurut sumber rasmi Zoo itu.

Salah satu tweet Zoo berkenaan menyebut, “Mei membersihkan anaknya yang sudah tidak bernyawa itu untuk kira-kira 17 minit sebelum ia terjatuh ke lantai dan terbujur kaku tanpa sebarang bunyi.” katanya.

Petugas Zoo kemudiannya mengambil anak Mei yang tidak bernyawa itu untuk proses bedah siasat.

Anak panda pertama dalam keadaan sihat dan ia merupakan kelahiran kali keempat untuk Mei dengan pasangannya Tian Tian yang merupakan beruang Panda yang dipinjam kepada Zoo Amerika Syarikat dari China. Gambar di atas menunjukkan anak panda itu sedang menjalani pemeriksaan jantinanya.

Pada September, Mei Xiang melahirkan seekor anak Panda betina yang mati enam hari kemudian disebabkan organ limpa yang rosak dan paru-paru yang belum terbentuk dengan sempurna.

Anak panda pertama Mei bernama Tai Shan lahir pada Julai 2005 hasil daripada proses kehamilan buatan dan sekarang ini ditempatkan di Pangkalan Panda Bifengxia di Ya’an, China.

OLEH : IBNU K

0 komentar:

Posting Komentar

◄ Newer Post Older Post ►
 

Copyright 2011 Mentari Pagi