
Mahfuz Omar
KUALA LUMPUR - Pas akan menghantar memorandum kepada perdana menteri hari ini bagi mendesak diadakan segera sidang khas Parlimen berhubung kekejaman tentera Mesir.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sidang khas Parlimen perlu disegerakan kerana agak terlambat jika menunggu Parlimen yang hanya akan bersidang pada 23 September ini.
“Jika tunggu sudah terlalu lewat. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Kita mesti merumuskan satu resolusi yang boleh dipersetujui bahawa usul itu dibawa oleh kerajaan.
“Kita tak ada masalah sebab kita pernah ada sejarah bahawa usul yang dibawa kerajaan didukung bersama oleh Pakatan Rakyat, iaitu usul berkaitan Iraq dan Gaza suatu ketika dahulu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Pas di sini, semalam.
Mahfuz berkata, tinjauan daripada sidang khas itu nanti akan dapat mengtinjauankan pandangan bersama dalam mencari jalan penyelesaian konflik di negara tersebut.
“Penyediaan usul itu supaya akhirnya kita terima resolusi tindakan-tindakan yang harus diambil, usul itu dibuat bersama dengan mengambil kira pandangan daripada semua," katanya.
Katanya, Pas dijangka menganjurkan seminar mengenai isu Mesir, di Kuala Lumpur, pada 1 September depan.
“Kita akan panggil wakil dalam dan luar negara bagi mengadakan persidangan membincangkan isu ini supaya demokrasi di Mesir dapat dikembalikan,” katanya.
0 komentar:
Posting Komentar